SILA MANFAATKAN KANDUNGAN BLOG INI DAN
SEBARANG KOMEN SANGAT DIALU-ALUKAN

Saturday, July 18, 2009

PEMBENTANGAN TUGASAN 3 DAN 4: KELAS PEMULIHAN

"Baju Ku"...sesuai untuk memperkenalkan suku kata KV kepada murid. Murid akan memakai "Baju Ku" dan meneka bunyi suku kata. Suku kata boleh ditukar-tukar bagi menguji murid.

Contoh suku kata KV yang boleh digunakan semasa menggunakan bahan ini. Pastikan juga penggunaan huruf juga tidak dicampuraduk iaitu huruf besar dan kecil. "Baju Ku" boleh dibuat dua pasang supaya murid dapat pula membunyikan dua suku kata. Aktiviti ini juga boleh dilakukan dalam bentuk permainan. Tahniah kepada kumpulan ini kerana kreativiti bahan yang sangat baik.

Aspek yang perlu diteliti semasa membina bahan ialah bentuk huruf yang tepat. Contoh di atas menunjukkan bentuk huruf yang kurang tepat dan mungkin akan mengelirukan murid. Elakkan juga mencampuradukkan huruf besar dan kecil dalam bahan yang sama.
Kubu Huruf, bahan yang digunakan untuk mengajar murid mengenal dan membunyikan huruf besar. Penggunaan warna, saiz dan bentuk huruf sangat menarik. Bahan ini setanding dengan bahan yang ada di pasaran untuk dijual. Tahniah!, sah bahan ini akan kita pamerkan nanti.


Suku kata akan dipilih oleh murid dan membentuknya menjadi kata yang bermakna. Salah satu stesen yang terdapat dalam bahan yang diberi nama Laluan Ilmu
Istana Huruf, bahan yang digunakan untuk mendedahkan murid mengenal dan membunyikan huruf kecil. Bahan ini juga boleh digunakan melalui aktiviti permainan.
Apa ni?... Salah satu stesen untuk bahan yang dikenali sebagai "Laluan Ilmu". Murid diminta memilih huruf kemudian membina suku kata dan kata akhirnya membina frasa dari kata-kata tadi. Bahan ini agar besar dan mungkin tidak praktikal di kelas yang kecil.
Bahan yang dinamakan sebagai Almari Adik. Kreatif dan mudah alih. Pemilihan bentuk huruf juga betul dan sesuai untuk aktiviti individu dan kumpulan kecil.

Mudah ditanggalkan dan ditukar ganti dengan kata yang lain.

Murid boleh bermain dengan kotak ini sambil mengeja dan membunyikan perkataan yang tertera. Bahan ini boleh dimainkan secara individu dan berpasangan. Lebih menarik lagi jika diajar oleh cikgu yang cantik macam Rejiah. Tahniah!!

Murid diminta mengeja dan membunyikan kata yang terdapat di tiara kertas. Bahan yang menarik ini jika digunakan secara terancang dan kreatif pasti akan merangsang motivasi murid. Hanya ratu sahaja yang layak memakai Ratu Kata. Semua cantik.
Murid akan membina frasa dan ayat pendek berdasarkan kata yang terdapat di tiara kertas. Aktiviti ini juga boleh dilaksanakan dalam bentuk permainan.

2 comments:

  1. Tahniah.. tapi nak praktikkan pada murid bukan senang...apa2 pun BBM anda memang terbaik

    ReplyDelete
  2. tahniah utk anda semua....kesungguhan menyediakan bbm yang amat sesuai utk pemulihan...teruskan..pemulihan sk.Tuarid Taud

    ReplyDelete