SILA MANFAATKAN KANDUNGAN BLOG INI DAN
SEBARANG KOMEN SANGAT DIALU-ALUKAN

Thursday, July 9, 2009

PEMBENTANGAN: TAJUK 1 DAN 2

Sesi pembentangan untuk tajuk 1 dan 2 bermula pada 8 dan 9 Julai 2009. Dua kumpulan dari kelas Pemulihan membentangkan tajuk 1 dan 2, diikuti pada hari berikutnya dari kumpulan BM.
Sebagai kumpulan yang awal dan membentangkan tajuk 1 dan 2, kumpulan tersebut telah menunjukkan kualiti bahan yang baik dan jelas berkaitan dengan tugasan. Sesi pembentangan juga disusuli dengan pandangan daripada rakan-rakan lain di luar kumpulan. Semua maklumat berkaitan dengan bahan, kaitan dengan tugasan serta proses penggunaan bahan hendaklah dilaporkan dan dimuat naik di blog kumpulan masing-masing. Selain itu, laporan tersebut perlu dihantar kepada saya.

Sebahagian bahan yang berjaya dihasilkan melalui perbincangan kumpulan Safwan. Semua teguran dan pandangan akan diambil kira semasa membaiki bahan ini. Bahan ini juga akan dipamerkan pada hujung interaksi yang juga merupakan satu aspek dalam penilaian mata pelajaran Literasi Bahasa.
Menguji kordinasi tangan dan mata murid. Bahan ni macam belum siap sahaja. Tambah dengan warna-warna yang menarik dan objek atau grafik yang sesuai dengan tahap murid.

"Sama Tapi Tak Serupa", bahan yang boleh digunakan secara permainan. Bahan ini bertujuan menguji pengamatan murid.
Salah satu bahan yang digunakan untuk menguji pengamatan penglihatan murid. Kumpulan Safwan menghasilkan bahan ini yang nampak ringkas tetapi menepati objektif ujian

Menguji pengamatan penglihatan murid tentang warna dan saiz. Kumpulan Asnizah menghasilkan bahan yang dikenali sebagai "Padankan". Cantik dan sesuai dengan aktiviti tersebut.

Bahan yang digunakan untuk aktiviti pengamatan pendengaran dan penglihatan murid. Penggunaan bahan ini juga disokong oleh audio.

Latihan ini untuk melatih motor halus tangan sebagai persediaan kemahiran menulis. Murid akan memasukkan benang dan menyusun kad mengikut urutan.

Sher menunjukkan salah satu bahan yang boleh digunakan dalam mengajar asas bacaan Kaedah Fonetik. Bahan ini dikenali sebagai "Dadu Ajaib", contoh suku kata yang ditunjukkan ialah ba tu.


Roda Sakti...hasil kreativiti kumpulan Sher. Roda ini boleh digerakkan dengan tujuan memadankan suku kata yang bermakna, contohnya gigi. Tahniah!

Ampaian Ilmu oleh kumpulan Sher. Pastikan huruf yang digunakan tidak bercampur aduk dengan huruf besar dan kecil. Ambil kira ketahanan bahan agar dapat digunakan lebih lama.

Salah satu bahan yang digunakan oleh murid yang sudah menguasai bunyi huruf dan suku kata. Bahan ini lebih sesuai digunakan secara individu dan dijilidkan bagi memudahkan penggunaannya.

Abjad-abjad disusun bagi memudahkan murid memilih dan membunyikan huruf. Penggunaan gambar-gambar penting semasa menggunakan Kaedah Fonetik.
Kumpulan Meris dengan bahan "Peladang Huruf" yang digunakan dalam melaksanakan aktiviti bacaan Kaedah Fonetik. Kreatif dan mampu menarik minat murid.

3 comments:

  1. Assalammualaikum cikgu,
    kumpulan kami telah menyiapkan laporan yang diminta bagi pembentangan pertama.
    Laporan yang disediakan ada dikirim di dalam blog kumpulan kami iaitu www.literasibahasakami.blogspot.com
    dan untuk makluman cikgu juga,
    kumpulan kami telah menjadi follower bagi blog literasi bahasa ini seperti yang telah diarahkan.
    sekian.

    ReplyDelete
  2. salam..cikgu..kami dr kumpulan tajuk tiga..kami sudah ada blog rasmi literasi bahasa tp belum follow cikgu atas sebb masalah tertentu..

    ReplyDelete
  3. kalu hok perkataan ganer plop john??? ambe nie kene present hok perkataan...harap balas sedak ah!!!

    ReplyDelete