SILA MANFAATKAN KANDUNGAN BLOG INI DAN
SEBARANG KOMEN SANGAT DIALU-ALUKAN

Monday, August 17, 2009

TUGASAN 9 DAN 10: TUGASAN TERAKHIR KUMPULAN PEMULIHAN

Aktiviti yang diintegrasikan dengan PJ. Memerlukan kawasan yang luas dan murid yang ramai

Stesen pertama mencari huruf yang akan membentuk kata yang bermakna

Hasilnya...ada kata dan binaan ayat. Masih ada beberapa kelemahan yang perlu dibaiki berdasarkan sesi pembentangan oleh kumpulan ini. Sila masukkan dalam laporan

Aktiviti silang kata ini sesuai dilaksanakan di luar kelas. Tapi fikirkan juga aktiviti sampingan yang berkaitan dengan jawapannya. Misalnya membunyikan suara binatang yang didapati, atau membina ayat.

Mungkin boleh ditambah dengan gambar-gambar binatang yang terdapat dalam silang kata tersebut.

Silang kata yang bertemakan binatang. Aktiviti ini sesuai dijalankan secara berkumpulan. Bahan cantik dan menarik

Aktiviti yang memerlukan kawasan yang luas dan lapang. Aktiviti ini diintegrasikan dengan PJ
Aktiviti ini juga menarik....tapi dah lupa namanya!.. saya tunggu saja laporan daripada kumpulan ini.

Aktiviti melakarkan benda dan kedudukannya. Guru atau rakan hanya membacakan arahan-arahan

Aktiviti dan latihan pemintal lidah yang dibukukan

Bahan yang digunakan untuk melatih sebutan murid. Contoh di atas mungkin untuk melatih murid membezakan bunyi /r/ dan /l/

Perkataan boleh ditukar ganti bagi menguji sebutan murid

Latihan pemintal lidah yang sesuai untuk murid yang menghadapi masalah sebutan

Latihan yang dibuku untuk memudahkan guru mengadakan aktiviti

Latihan berbentuk teka teki boleh mengasah ketajaman berfikir murid

Aktiviti yang disusuli dengan latihan menulis

Musang dan nenek kebayan

Pemilihan watak dalam kalangan murid juga perlu difikirkan lebih awal. Maknanya, murid yang suka bercakap atau selalu menonjolkan diri bolehlah diberikan watak yang lebih agresif atau banyak dialog

Aksi dua watak dalam cerita.....apa ya? lupa dah tajuk cerita tu

Watak-watak boleh mencipta dialog sendiri setelah memahami jalan cerita

Penggunaan alat bantu seperti topeng, kapak dan cermin mata akan menarik perhatian murid d


Apa yang mencuit hati tu?

TUGASAN 8,9 DAN 10: TUGASAN TERAKHIR KELAS BM

IKON BUSANA MELAYU...MERANGKAP JURI DAN PENGKRITIK BEBAS PEMBENTANGAN

Mengintegrasikan nyanyian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru menyediakan dan mengumpul lirik lagu untuk memudahkan guru menyesuaikan kemahiran yang diajar

Murid didedahkan dengan lirik lagu sebelum menyanyi. Pastikan juga lirik yang disediakan mudah diingat dan tidak terlalu panjang. Sebaiknya, pemilihan lirik juga harus mengambil kira kemahiran yang hendak diajar

Nyanyian beramai-ramai lebih menyeronokkan. Murid menyanyi sambil berdiri dan bertepuk tangan. Sekiranya sesuai dengan lirik, murid boleh membuat aksi-aski misalnya melompat semasa menyanyikan lirik "lompatlah katak lompat", terbang dan menyelam dan seumpamanya



Kenny sedang menyediakan bahan yang digunakan untuk aktiviti yang diintegrasikan dengan PJ atau pergerakan psikomotor.


Permainan bahasa yang mengkehendaki murid membina perkataan.


Aktiviti ini boleh dilaksanakan secara pertandingan antara dua kumpulan. Murid akan membina sebanyak mungkin perkataan daripada huruf yang telah disediakan. Misalnya Barang, Arang, Bara dan lain-lain.



Setiap ahli kumpulan memegang huruf dan masing-masing berkerjasama membina perkataan dengan pantas untuk mengalahkan pihak lawan.


Ada perkataan yang tidak sesuai dibincangkan dalam aktiviti dan perlu diabaikan. Misalnya seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.


Murid dapat menyemai nilai-nilai murni semasa aktiviti ini.



Murid yang dapat membina perkataan juga boleh diminta menyatakan maksud perkataan khususnya yang sukar dan jarang ditemukan. Selain itu membina ayat berdasarkan perkataan tersebut.


Bahan "Sorong-Tarik" salah satu bahan yang dikategorikan sebagai bukan elektronik. Idea menarik dan mampu menarik minat murid. Latar kalau diwarnakan lagi menarik.


Aktiviti ini boleh dilaksanakan secara individu atau berpasangan.


Drama/Lakonan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penyediaan alat bantu penting bagi mewujudkan situasi yang sebenar.


Hang Tuah dan Pahlawan Iban....buat apa tu Lau?... Baju cantiklah


Aktiviti lakonan dapat mengasah kemahiran lisan murid di samping membina keyakinan agar lebih berani dan terampil.

Saturday, August 1, 2009

Teaching School: Ujian Awal Pengunaan Bahan

Peluang terbuka luas dengan kehadiran murid-murid SK Penagatan, sekolah Teaching School IPGM Kampus Keningau pada 24 Julai 2009. Bahan yang telah dihasilkan dan dibentangkan kini akan diuji dari segi penggunaannya, kesesuaian dan kelancarannya. Bagi memastikan semua murid dapat mengikuti dan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan, kaedah stesen telah digunakan, iaitu setiap stesen menyediakan pelbagai aktiviti yang dikendalikan 3-4 pelatih. Aktiviti membina perkataan dan frasa yang dijalankan dalam kumpulan.

Mencari perkataan tersembunyi....dapat memperkaya perbendaharaan kata murid

Siti...kelihatan tekun mengendalikan bahan ciptaannya

Mana satu nak dipilih ni cikgu?.. baju cantik atau huruf cantik ni....kalau ambil semua boleh?

Elvy dan Khatrina membimbing murid yang singgah di stesen kendalian mereka

Aktiviti menyusun perkataan yang membentuk ayat-ayat. Nampaknya mudah tapi sukar juga murid-murid itu melakukannya. Aktiviti ini boleh dijalankan dalam kumpulan.

Salah satu stesen yang paling meriah. Grace menunjukkan kemahirannya memetik gitar sambil menyanyi lagu ciptaan kumpulannya. Tahniah!.

Menyanyi beramai-ramai bersama murid menutup aktivti pagi itu. Semua gembira dan puas dengan tugas yang telah disempurnakan. Banyak pengalaman yang boleh dijadikan panduan pada masa akan datang


Merakam kenangan manis bersama murid Tahun 4, SK Penagatan di kelas PISMP Pendidikan Pemulihan. Bulan hadapan, kelas PISMP BM pula akan mengendalikan aktiviti bersama murid-murid ini