SILA MANFAATKAN KANDUNGAN BLOG INI DAN
SEBARANG KOMEN SANGAT DIALU-ALUKAN

Wednesday, July 8, 2009

AKTIVITI MENYIAPKAN BBM: KELAS PENDIDIKAN PEMULIHAN

Interaksi berikutnya ialah perbincangan kumpulan diikuti pembinaan bahan-bahan yang berkaitan tugasan. Setiap kumpulan telahpun dibekalkan dengan bahan-bahan yang ditempah dari stor induk. Walau bagaimanapun ada bahan-bahan lain yang dibeli sendiri atas inisiatif kumpulan. Hari berikutnya, dua kumpulan akan membentangkan dua tugasan yang telah ditetapkan.Kumpulan Azlan tampil dengan bahan yang seakan-akan baju yang akan ditampal dengan huruf dan suku kata. Pastikan tali yang digunakan tahan lama dan sesuai dengan saiz murid. huruf atau suku kata yang ditambah mesti menarik dan sebaik-baiknya mudah ganti.
Kumpulan Elvy masih melakarkan bahan yang hendak dihasilkan. Perbincangan kumpulan seumpama ini baik untuk menghasilkan idea-idea yang kreatif

Erlie dengan bahan yang telah siap. Menarik dan sesuai dengan minat murid.

Sibuk melakukan kerja sendirian. Aktiviti membina bahan dilakukan didalam kelas.

Kumpulan Farah menggunting huruf untuk melengkapkan bahan yang hampir siap. Pastikan bentuk huruf betul dan tepat. Ini penting bagi memastikan murid mendapat contoh yang betul

Mencampur warna. Grace tekun dengan tugasnya

Gam baik-baik biar lekat dan tahan lama. Boleh digunakan sampai rosak. Salah satu ciri bahan yang perlu diambil kira.

Tham melunaskan kerjanya dengan tekun. Masing-masing dah diberi tugas.

Masing-masing sibuk membina bahan. Jelas para pelajar melakukan tugasan ini dengan penuh tanggungjawab dan minat.
Tekun menerangkan sesuatu dengan kawan lain sampai bersimpuh di lantai.


Sher...apa tu?

Kumpulan Sher...dalam proses membina dadu ajaib.

Kevin...YDP yang rajin. Demi kawan-kawan sanggup melakukan segala-galanya.
Harap-harap hasilnya tidak menghampakan.

1 comment:

  1. salam encik..
    sy pljr IPGM Kampus Sultan Mizan ingin meminta pertolongan encik..boleh x encik nenyenaraikan semua aktiviti bg semua tajuk..

    ReplyDelete