SILA MANFAATKAN KANDUNGAN BLOG INI DAN
SEBARANG KOMEN SANGAT DIALU-ALUKAN

Monday, August 17, 2009

TUGASAN 8,9 DAN 10: TUGASAN TERAKHIR KELAS BM

IKON BUSANA MELAYU...MERANGKAP JURI DAN PENGKRITIK BEBAS PEMBENTANGAN

Mengintegrasikan nyanyian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru menyediakan dan mengumpul lirik lagu untuk memudahkan guru menyesuaikan kemahiran yang diajar

Murid didedahkan dengan lirik lagu sebelum menyanyi. Pastikan juga lirik yang disediakan mudah diingat dan tidak terlalu panjang. Sebaiknya, pemilihan lirik juga harus mengambil kira kemahiran yang hendak diajar

Nyanyian beramai-ramai lebih menyeronokkan. Murid menyanyi sambil berdiri dan bertepuk tangan. Sekiranya sesuai dengan lirik, murid boleh membuat aksi-aski misalnya melompat semasa menyanyikan lirik "lompatlah katak lompat", terbang dan menyelam dan seumpamanya



Kenny sedang menyediakan bahan yang digunakan untuk aktiviti yang diintegrasikan dengan PJ atau pergerakan psikomotor.


Permainan bahasa yang mengkehendaki murid membina perkataan.


Aktiviti ini boleh dilaksanakan secara pertandingan antara dua kumpulan. Murid akan membina sebanyak mungkin perkataan daripada huruf yang telah disediakan. Misalnya Barang, Arang, Bara dan lain-lain.



Setiap ahli kumpulan memegang huruf dan masing-masing berkerjasama membina perkataan dengan pantas untuk mengalahkan pihak lawan.


Ada perkataan yang tidak sesuai dibincangkan dalam aktiviti dan perlu diabaikan. Misalnya seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.


Murid dapat menyemai nilai-nilai murni semasa aktiviti ini.



Murid yang dapat membina perkataan juga boleh diminta menyatakan maksud perkataan khususnya yang sukar dan jarang ditemukan. Selain itu membina ayat berdasarkan perkataan tersebut.


Bahan "Sorong-Tarik" salah satu bahan yang dikategorikan sebagai bukan elektronik. Idea menarik dan mampu menarik minat murid. Latar kalau diwarnakan lagi menarik.


Aktiviti ini boleh dilaksanakan secara individu atau berpasangan.


Drama/Lakonan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penyediaan alat bantu penting bagi mewujudkan situasi yang sebenar.


Hang Tuah dan Pahlawan Iban....buat apa tu Lau?... Baju cantiklah


Aktiviti lakonan dapat mengasah kemahiran lisan murid di samping membina keyakinan agar lebih berani dan terampil.

2 comments:

  1. Orang haji dari Jeddah
    Buah kurma berlambak-lambak
    Pekerjaan guru bukanlah mudah
    Bagai kerja menolak ombak

    Pohon palma tegak berdiri
    Ditanam mari tepi bangunan
    Ilmu di dunia terus dicari
    Jasa guru dilupa jangan

    ReplyDelete
  2. Salam 1 malaysia! Subjek Literasi Bahasa Melayu sangat menyeronokkan. Saya ada 1 pertanyaan, adakah anda sengaja menggunakan bahasa yang sedemikian. Cth: mencuit liver. Sebagai pelatih IPGM, saya terfikir adalah lebih baik sekiranya anda menggunakan bahasa yang lebih sesuai dan teratur. kerana, blog kita dapat dibuka dan dibaca ole semua lapisan masyarakat. apakah pandangan golongan terpelajar sekiranya membaca blog ini?? maaf jika mengguris. sekian terima kasih.

    ReplyDelete