SILA MANFAATKAN KANDUNGAN BLOG INI DAN
SEBARANG KOMEN SANGAT DIALU-ALUKAN

Monday, July 27, 2009

TUGASAN 3,4,5 DAN 6: KELAS BM

Bahan ini boleh dibaiki lagi. kekemasan tulisan termasuk nama bahan kena diambilkiraBuah Gergasi yang mengandungi huruf besar dan kecil. Penggunaannya boleh dipelbagaikan mengikut objektif yang hendak dicapai. Saiz yang terlalu besar mungkin menimbulkan kesukaran kepada guru untuk mengalihkan bahan ini.
Permaidani huruf...perlu lebih teliti penggunaan huruf agar tidak mengelirukan murid

Aktiviti melibatkan pergerakan murid mampu merangsang minda mereka untuk berfikir

Permainan ini mungkin memerlukan ruang yang lebih besar.

Fikirkan juga agar kad-kad huruf yang disediakan mudah ditukar agar penggunaannya lancar dan berkesan
Pastikan bahan-bahan dilekat dengan kuat dan mudah guna pada bila-bila masa.

Pengunaan boneka mampu menarik minat murid. Murid boleh terlibat secara langsung menggunakan boneka tersebut.
Bentuk-bentuk yang sesuai dilakukan untuk aktiviti pramenulis
Penyerapan seni dalam pengajaran. Murid boleh dilatih membina huruf dengan melakukan aktiviti melekat kertas-kertas warna atau kolaj.
Pengkritik...bahan-bahan pelajar aku ni kreatif tetapi ada ketikanya masih belum mampu berfikir bagaimana penggunaan bahan dapat dipelbagaikan dan disesuaikan dengan ojektif pengajaran.
Aktiviti pramenulis berdasarkan lakaran di atas kertas.
Aktiviti menyebut dan membentuk huruf perlu diikuti dengan latihan menulis di atas kertas bagi mengukuhkan lagi pemahaman murid.
Aktiviti membentuk huruf menggunakan gam dan pasir. Aktiviti ini nampak mudah tetapi mampu menarik minat murid dan sesuai dengan kecenderungan mereka.
Murid juga boleh melakukan aktiviti membentuk huruf menggunakan gam yang kemudiannya dilekatkan pasir.

Murid boleh dilatih membentuk di permukaan air. Latihan ini bertujuan membentuk konsep asas tentang huruf-huruf. Lakaran atau bentuk yang boleh dibuat ialah bulatan, garisan dan sebagainya.
Melakar menggunakan hujung jari di atas pasir merupakan satu aktiviti yang sesuai dilakukan sebagai persediaan menulis.

Pasir mudah diperolehi dan disediakan di bilik darjah

Bahan yang menarik dan perlu disesuaikan dengan objektif pengajaran
Memadankan huruf besar dan kecil merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilaksanakan menggunakan bahan ini
Panduan membentuk huruf ditunjukkan dalam bahan ini. Murid boleh diajar mengunakan jari dahulu membentuk huruf mengikut panduan tersebut.
Fikirkan bagaimana bahan ini dilekat semasa digunakan. Putaran yang menggunakan jarum jam kertas mungkin menjejaskan kelancaran penggunaan oleh murid.

PEMBENTANGAN TUGASAN 5 DAN 6:PEMULIHAN

Murid yang telah mengenal bentul-bentuk huruf melalui aktiviti sebelumnya akan membuat kolaj yang berbentuk huruf
Murid akan diminta memadankan bentuk benda yang sesuai dengan bentuk-bentuk huruf

Jendela Ilmu perlu dibaiki sedikit agar lebih menepati fungsinya sebagai bahan untuk aktiviti mengenal bentuk huruf. Cadangan ini telah dibincangkan semasa sesi pembentangan di kelas.

Mengenal dan membezakan bentuk huruf melalui cantuman. Walau bagaimanapun aktivitinya boleh dibaiki lagi iaitu mempelbagaikan bahan agar murid boleh mencantum bukan berdasarkan bentuk bahan semata-mata tetapi kemampuan mengenal dan membeza bentuk. Ini telah dibincangkan semasa sesi pembentangan.

Salah satu bahan yang menarik dan sesuai dengan objektif kemahiran yang dipilih.

Penulisan mekanis menggunakan Papan Abjad. Kreatif, menarik dan sangat praktikal. Namun berdasarkan perbincangan di kelas, huruf-huruf besar dan kecil boleh diasingkan di Papan Abjad lain. Panduan menulis seperti garisan titik-titik huruf juga boleh dimasukkan.

Papan Abjad mudah dibina dan sesuai untuk individu mahupun berpasangan.

Murid akan mengisi huruf mengikut susunan yang telah disediakan oleh guru

Ulat Buku kelihatan ringkas dan mudah di bawa kemana-mana. Misalnya di luar kelas yang boleh dilaksanakan secara bermain.

Saturday, July 18, 2009

PEMBENTANGAN TUGASAN 3 DAN 4: KELAS PEMULIHAN

"Baju Ku"...sesuai untuk memperkenalkan suku kata KV kepada murid. Murid akan memakai "Baju Ku" dan meneka bunyi suku kata. Suku kata boleh ditukar-tukar bagi menguji murid.

Contoh suku kata KV yang boleh digunakan semasa menggunakan bahan ini. Pastikan juga penggunaan huruf juga tidak dicampuraduk iaitu huruf besar dan kecil. "Baju Ku" boleh dibuat dua pasang supaya murid dapat pula membunyikan dua suku kata. Aktiviti ini juga boleh dilakukan dalam bentuk permainan. Tahniah kepada kumpulan ini kerana kreativiti bahan yang sangat baik.

Aspek yang perlu diteliti semasa membina bahan ialah bentuk huruf yang tepat. Contoh di atas menunjukkan bentuk huruf yang kurang tepat dan mungkin akan mengelirukan murid. Elakkan juga mencampuradukkan huruf besar dan kecil dalam bahan yang sama.
Kubu Huruf, bahan yang digunakan untuk mengajar murid mengenal dan membunyikan huruf besar. Penggunaan warna, saiz dan bentuk huruf sangat menarik. Bahan ini setanding dengan bahan yang ada di pasaran untuk dijual. Tahniah!, sah bahan ini akan kita pamerkan nanti.


Suku kata akan dipilih oleh murid dan membentuknya menjadi kata yang bermakna. Salah satu stesen yang terdapat dalam bahan yang diberi nama Laluan Ilmu
Istana Huruf, bahan yang digunakan untuk mendedahkan murid mengenal dan membunyikan huruf kecil. Bahan ini juga boleh digunakan melalui aktiviti permainan.
Apa ni?... Salah satu stesen untuk bahan yang dikenali sebagai "Laluan Ilmu". Murid diminta memilih huruf kemudian membina suku kata dan kata akhirnya membina frasa dari kata-kata tadi. Bahan ini agar besar dan mungkin tidak praktikal di kelas yang kecil.
Bahan yang dinamakan sebagai Almari Adik. Kreatif dan mudah alih. Pemilihan bentuk huruf juga betul dan sesuai untuk aktiviti individu dan kumpulan kecil.

Mudah ditanggalkan dan ditukar ganti dengan kata yang lain.

Murid boleh bermain dengan kotak ini sambil mengeja dan membunyikan perkataan yang tertera. Bahan ini boleh dimainkan secara individu dan berpasangan. Lebih menarik lagi jika diajar oleh cikgu yang cantik macam Rejiah. Tahniah!!

Murid diminta mengeja dan membunyikan kata yang terdapat di tiara kertas. Bahan yang menarik ini jika digunakan secara terancang dan kreatif pasti akan merangsang motivasi murid. Hanya ratu sahaja yang layak memakai Ratu Kata. Semua cantik.
Murid akan membina frasa dan ayat pendek berdasarkan kata yang terdapat di tiara kertas. Aktiviti ini juga boleh dilaksanakan dalam bentuk permainan.

Thursday, July 9, 2009

PEMBENTANGAN: TAJUK 1 DAN 2

Sesi pembentangan untuk tajuk 1 dan 2 bermula pada 8 dan 9 Julai 2009. Dua kumpulan dari kelas Pemulihan membentangkan tajuk 1 dan 2, diikuti pada hari berikutnya dari kumpulan BM.
Sebagai kumpulan yang awal dan membentangkan tajuk 1 dan 2, kumpulan tersebut telah menunjukkan kualiti bahan yang baik dan jelas berkaitan dengan tugasan. Sesi pembentangan juga disusuli dengan pandangan daripada rakan-rakan lain di luar kumpulan. Semua maklumat berkaitan dengan bahan, kaitan dengan tugasan serta proses penggunaan bahan hendaklah dilaporkan dan dimuat naik di blog kumpulan masing-masing. Selain itu, laporan tersebut perlu dihantar kepada saya.

Sebahagian bahan yang berjaya dihasilkan melalui perbincangan kumpulan Safwan. Semua teguran dan pandangan akan diambil kira semasa membaiki bahan ini. Bahan ini juga akan dipamerkan pada hujung interaksi yang juga merupakan satu aspek dalam penilaian mata pelajaran Literasi Bahasa.
Menguji kordinasi tangan dan mata murid. Bahan ni macam belum siap sahaja. Tambah dengan warna-warna yang menarik dan objek atau grafik yang sesuai dengan tahap murid.

"Sama Tapi Tak Serupa", bahan yang boleh digunakan secara permainan. Bahan ini bertujuan menguji pengamatan murid.
Salah satu bahan yang digunakan untuk menguji pengamatan penglihatan murid. Kumpulan Safwan menghasilkan bahan ini yang nampak ringkas tetapi menepati objektif ujian

Menguji pengamatan penglihatan murid tentang warna dan saiz. Kumpulan Asnizah menghasilkan bahan yang dikenali sebagai "Padankan". Cantik dan sesuai dengan aktiviti tersebut.

Bahan yang digunakan untuk aktiviti pengamatan pendengaran dan penglihatan murid. Penggunaan bahan ini juga disokong oleh audio.

Latihan ini untuk melatih motor halus tangan sebagai persediaan kemahiran menulis. Murid akan memasukkan benang dan menyusun kad mengikut urutan.

Sher menunjukkan salah satu bahan yang boleh digunakan dalam mengajar asas bacaan Kaedah Fonetik. Bahan ini dikenali sebagai "Dadu Ajaib", contoh suku kata yang ditunjukkan ialah ba tu.


Roda Sakti...hasil kreativiti kumpulan Sher. Roda ini boleh digerakkan dengan tujuan memadankan suku kata yang bermakna, contohnya gigi. Tahniah!

Ampaian Ilmu oleh kumpulan Sher. Pastikan huruf yang digunakan tidak bercampur aduk dengan huruf besar dan kecil. Ambil kira ketahanan bahan agar dapat digunakan lebih lama.

Salah satu bahan yang digunakan oleh murid yang sudah menguasai bunyi huruf dan suku kata. Bahan ini lebih sesuai digunakan secara individu dan dijilidkan bagi memudahkan penggunaannya.

Abjad-abjad disusun bagi memudahkan murid memilih dan membunyikan huruf. Penggunaan gambar-gambar penting semasa menggunakan Kaedah Fonetik.
Kumpulan Meris dengan bahan "Peladang Huruf" yang digunakan dalam melaksanakan aktiviti bacaan Kaedah Fonetik. Kreatif dan mampu menarik minat murid.